Sunday, December 23, 2018

10 Tips Kulit CANTIK, Tiada JERAWAT & Gerenti Dapat Pujian Time Raya Nanti



Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.
Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan  cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih yang diberikan oleh Puan Ony dari Kelab Sayang Kulit by Ony Nurhusni yang juga penerima anugerah Ikon Kosmetik Kedah 2018.
Baca perkongsian dan tips diberi olehnya. Saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tak putih tak apa, asalkan bebas jerawat
 #1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen #Detox kulit terbaik!
#2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
#3. Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera #noncomedogenic atau#nonacnegenic
#4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
#5. Phone tu.. Phone.. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kannnn… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.
#6. Saya sangat suka minum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk lawan acne dan cuci dalaman.
#7. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
#8. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elak mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.
#9. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
#10. Wap/stim muka sendiri. Saya ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif. Namun, selepas itu jangan lupa sapu VCS untuk tutup semula liang pori ya.

10 Tips Cantik Semulajadi Dari 10 Negara, Jom Cuba!

10 Tips Cantik Semulajadi Dari 10 Negara, Jom Cuba!

Cara nak jadi cantik tak semestinya kekal dengan satu rutin sahaja. Ia melibatkan pelbagai perkara, dari dalam keluar, dari atas hingga bawah. Jangan sesekali ambil remeh dan hanya separuh jalan. 
Kebanyakan cara cantik sekarang ialah dengan menggunakan produk kecantikan berasaskan alam semulajadi. Bahan semulajadi sememang tiada tandingan dan keberkesanan sangat memuaskan, paling penting ia tidak memudaratkan seperti bahan kimia. 
Kepada pembaca Wanista.com yang gemarkan amalan kecantikan semulajadi. Wanista senaraikan 10 tips cantik dari bahan semulajadi yang mudah didapati untuk anda! Lebih menarik 10 tips ini juga hasil perkongsian dari 10 buah negara. 
#1 Amerika Syarikat

Foto – Today.com

Tidak bergantung pada produk kecantikan semata-mata. Kebanyakan wanita Amerika mengamalkan pengambilan air yang banyak. Hidrasi sangat penting untuk kesihatan dalaman dan menyerlahkan seri kulit. Bagi mereka, air adalah perkara asas dalam kecantikan
#2 Portugal

Foto – Be Loved

Wanita Portugal gemar memakai masker dari kunyit untuk menyerlah warna kulit perang mereka. Selain itu, berjemur di bawah cahaya matahari juga cara pantas untuk mendapatkan Vitamin D. 
#3 Jepun 

Foto – Yumi To Lesson.com

Rupanya mereka mengamalkan masker tanah liat (clay mask) bukan sahaja pada wajah tapi pada kulit kepala juga! Ia boleh menyerap segala kotoran dengan lembut.
#4 Russia

Foto – Google

Cuaca sejuk di Russia sering kali beri masalah kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit semulajadi, wanita Russia menggunakan madu untuk hasil lembab. Selain itu, madu yang dicampurkan dengan gula juga boleh dijadikan sebagai skrub. 
#5 Bulgaria 

Foto – Google

Di negara Bulgaria mereka terkenal dengan Valley Rose yang mengeluarkan lebih dari 85% minyak ros. Jadi wanita Bulgaria tak terlepas untuk menggunakan khasiat bunga ros yang diyakni menaikkan seri kulit. Kini telah terdapat produk berasaskan dari pati bunga ros bukan?
#6 Filipina

Foto – PhilNews.Ph

Rambut hitam pekat dan lebat milik wanita Filipina rupanya dari penggunaan Aloe Vera. Pati jeli dari Aloe Vera dilumur pada rambut dan kulit kelapa untuk menyerap nutrisi. Hasilnya, rambut mereka kekal kuat, lebat dan masalah gatal atau kelemumur pada kulit kepala pun tiada. 
#7 Korea 

Foto – Okezone Celebrity

Jangan pelik ya, wanita Korea mengamalkan mencuci muka menggunakan air basuhan beras. Mereka mengambil air basuhan yang kedua beras untuk mencuci muka atau mandi bersama. Difahamkan air basuhan beras tersebut beri kulit lebih lembut. 
#8 Itali 

Foto – Being Ron

Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun untuk rambut berkilat dan ringan. Mudah! Ambil satu cawan yogurt penuh lemak kemudian campurkan bersama satu sudu teh minyak zaitun. Lumur pada rambut dan basuh selepas 5 minit dengan air sejuk. 
#9 Australia

Foto – Dark Horizons

Masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur? Tiru sahaja trik dari wanita Australia ini. Mereka tambahkan beberapa titis tea tree oil ke dalam syampu untuk membasmi kelemumur. 
#10 Sepanyol

Foto – ibtimes.co.uk

Mata galak kepunyaan wanita Sepanyol sering menjadi pujaan ramai. Tips untuk mata cantik seperti mereka ialah dengan menghilangkan lingkaran gelap bawah mati. Amalan dari wanita Sepanyol iala dengan meletakkan hirisan kentang pada mata. Tinggalkan selama 10 minit dan anda lihat sendiri perbezaannya. 

Buy Pure vitamin c series: <a href = "https://vitamincseries.com" >Vitamin c Series </a>